Powered By Blogger

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH



SMU (A) Syukuriah , Bukit Sirih adalah ditubuhkan seawal 1979 oleh penduduk kampung Pasir Kelang yang dibina secara gotong-royong . Ustaz Man bin Hasan adalah pengetua yang pertama.

Pada peringkat awal penubuhanya bilangan pelajar adalah seramai 85 orang . Bermula 
dari darjah satu hingga darjah 6 dan kelas peralihan hingga Tingkatan 3 . Manakala pelajar pada tahun 1992 seramai 128 orang .

Oleh kerana kedudukannya yang kurang strategik maka Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah berusaha dan berjaya mendapatkan sebidang tanah seluas 3 ekar 300 depa di Kampung Bukit Sirih . Pembinaan sebuah bangunan barunya di tapak baru pada awal 1995 dengan angaran kos RM 450,000.00 dan dapat mulakan operasi bagunanbaru pada awal 1996 . Bilangan pelajar pada awal operasinya adalah seramai 62 orang dari Tinggkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Melihat kepada perestasi bilangan pelajar dan akademik yang menggalakan maka pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah meluluskan pemohonan bagi mengadakan Tingkatan 4.


No comments:

Post a Comment